Thursday, December 16, 2010

~ DIAPERS MURAH BERJENAMA ~


Dapatkan pampers MAMYPOKO & HUGGIES PADA HARGA 50% daripada harga pasaran.
Mengapa perlu bayar lebih?













Mamypoko/Huggies diapers ini adalah 100% original yang diimport terus dari kilang brand masing-masing di Korea dan USA. Kualiti dan saiz adalah sama tapi 'cartoon design' pada diapers tersebut mungkin berlainan sahaja. Kami tidak dibenarkan menjual lampin import ini dalam pek original dari kilang, menjadikan diapers import hanya dapat dipek dengan plastik kosong dan dijual pada harga yang murah sekali. 'Cartoon design' pada diapers import ini adalah watak-watak Disneyland yang diluluskan dan dibiayai oleh pihak kilang brand masing-masing yang mengeluarkan diapers ini.


  
      
HUGGIES DRY (*M)

M80 RM40.00
L80 RM42.00


 

HUGGIES ULTRA (*L)

M80 RM46.00
L80 RM48.00
XL80 RM52.00
XXL80 RM54.00



 


MAMYPOKO ECONOMY (*L)

NB80 RM44.00
S80 RM44.00
M80 RM46.00
L80 RM48.00
XL80 RM52.00



MAMYPOKO PREMIUM (*M)

NB90 RM50.00
S90 RM50.00
M84 RM50.00
L72 RM50.00
XL60 RM50.00


* 'Cartoon design' adalah berbeza bagi setiap saiz 

Minimum pembelian: 2 pek


Wednesday, October 20, 2010

~Kami Sekeluarga memilih Prudential Bsn Takaful Berhad untuk protection n investment.. apa pilihan anda?~



Medical Card PruBSN Takaful atau Takaful Health adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan.

Antara kelebihan Takaful Health adalah seperti berikut :


  • Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 80 tahun yang tinggi
  • Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
  • Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
  • Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
  • Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
  • Penjagaan jururawat di rumah
  • Pembedahan balik hari (Day Surgery)
  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
  • Rawatan Dialisis buah pinggang
  • Rawatan Kanser
  • Jaminan pembaharuan sehingga umur 80 tahun
  • Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
  • Faedah NCB : No Claim Bonus kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya.
  • Anda boleh buat pilihan untuk mengenepikan had tahunan...boleh terus claim ikut had seumur hidup. Jadi, kalau ada claim yang besar2....tidak perlu risau mengenai lebihan bil disebabkan had tahunan yang terhad.
  • Dan banyak lagii.....
Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat Takaful Health (TH)

Penerangan mengenai NCB :
  • NCB atau No Claim Bonus adalah merupakan salah satu keistimewaan plan Medical Card Takaful Health.
  • NCB akan diberikan kepada client-client yang tidak membuat tuntutan/claim daripada manfaat medical card (Takaful Health) pada tahun semasa. Sebagai Contoh : Client mengambil plan TH 200. Pada tahun 2009, beliau tidak pernah membuat tuntutan langsung daripada manfaat medical card. Jadi, NCB sebanyak RM 300 (lihat jadual di atas)...akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2010. Pada tahun 2010 pun client masih tak buat sebarang tuntutan, dan client akan mendapat RM 300 NCB (dikreditkan dalam akaun pelaburan client) pada tahun 2011.
  • Akan tetapi, sekiranya client ada membuat tuntutan pada tahun 2011, client tidak akan menerima sebarang bonus pada tahun berikutnya iaitu pada 2012. Kemudian, pada tahun 2012, client tidak membuat sebarang tuntutan, RM 300 akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2013. dan begitulah seterusnya.
  • Plan yang amak unik dan istimewa. Medical card Takaful pertama yang menawarkan NCB di Malaysia. Dapatkan maklumat mengenainya sekarang.
Perhatian :
Manfaat Takaful Health (TH) ini tertakluk kepada syarat dan terma ko-takaful iaitu :
1- Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 300 dan maksimum RM 1,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation & Surgical), KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan. Maknanya, PruBSN akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.
Ringkasan ko-takaful untuk in-hospitalisation

(300 <= ko-takaful :10% <=1000)
Contoh 1 : 

Jumlah Bil RM 2,000 : 10% Ko-Takaful = RM 200. Oleh kerana minimum Ko-Takaful RM 300, klien perlu bayar RM 300 kepada hospital, manakala PruBSN bayar selebihnya iaitu RM 1,700

Contoh 2 :

Jumlah Bil RM 5,000 : 10% Ko-Takaful = RM 500. Klien perlu bayar ko-takaful RM500 kepada hospital, kerana nilainya antara 300 hingga 1000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 4,500.

Contoh 3 :

Jumlah Bil RM 30,000 : 10% ko-Takaful = RM3,000. Klien hanya perlu membayar RM1,000 disebabkan had maksimum adalah RM1,000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 29,000.
Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil pelan yang komprehensif iaitu dengan memasukkan Manfaat Elaun Hospital (Hospital Benefit) dan Manfaat Elaun ICU & Bedah (Medical Cover). Manfaat ini akan membantu anda untuk menampung kos ko-takaful di atas.
2- Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke PruBSN. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.


3- Apakah Pengecualiannya?


Nota Penting :

Pengecualian yang biasa ialah:
1. Kecederaan diri yang disengajakan.
2. Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
3. Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
4. Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
5. Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
6. Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
7. AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
8. Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.
9. Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
10. Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
11. Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
12. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.
13. Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 120 hari pertama perlindungan. Sila rujuk senarai penyakit spesifik seperti di bawah.
Perlindungan bermula serta merta selepas polisi lulus (approved) bagi kemasukkan ke hospital akibat kemalangan. Tetapi perlindungan bagi sebab-sebab lain hanya bermula 30 hari selepas polisi lulus.
Perlindungan bagi penyakit-penyakit tertentu (Specified Illness) akan bermula120 hari selepas polisi lulus. Senarai penyakit tertentu adalah seperti berikut :
1. Hypertensi, Diabetes Melitus, Penyakit Kardiovaskular

2. Semua jenis tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing atau sistem biliari.


3. Semua jenis penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak


4. Hernia (angin pasang), Hemoroid (buasir), fistule, hidrocele dan varicocele


5. Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan


6. Gangguan spina vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut.


Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan takaful.
Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari bagi setiap perlajanan.


TAKAFUL PUTERI
MANFAAT TAKAFUL PUTERI


Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)

Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat didalam pelan Takafulink.


Terdapat
 2 pilihan pelan iaituTakaful Puteri atau Takaful Puteri Plus
Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu
 

[ RM50,000, RM100,000 atauRM150,000 ]

Pelan Takaful Puteri menawarkan : 
  • Manfaat Penjagaan yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita
Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:

  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita. 
  • Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)

MANFAAT PENJAGAAN WANITA 

A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

Kanser berkaitan wanita

  • Kanser payudara atau
  • Kanser Uterus Serviks atau
  • Kanser Tiub Falapio atau
  • Kanser Ovari atau
  • Kanser Uterus atau
  • Kanser Vagina/Vulva
atau

Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis
30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70%
daripada jumlah yang diinsurankan.


B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah.
 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.
  • Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau
  • Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau
  • Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau
  • Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis
MANFAAT PENJAGAAN IBU

A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar


Komplikasi Kehamilan

  • Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau
  • Kehamilan Ektopik atau
  • Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau
  • Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau
  • Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran) 
B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah.RM20,000 akan dibayar.

Penyakit-penyakit Kongential Bayi
  • Sindrom Down atau
  • Kecacatan Vetrikel Septum atau
  • Kecacatan Atrium Septum atau
  • Spina Bifida atau
  • Lelangit Rekah
Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.
Nota : 
Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan

Tuesday, October 19, 2010

~ Golongan Darah & Keperibadianmu ~


A
- Berkepala dingin, serius, sabar dan 'cool'.
- Karakter yang tegas, boleh di andaikan dan dipercaya namun keras kepala.
- Sebelum melakukan sesuatu mereka memikirkannya terlebih dahulu. Dan merencanakan segala sesuatunya secara matang, sungguh-sungguh dan konsisten.
- Berusaha membuat diri mereka sewajar dan ideal mungkin.
- Kelihatan menyendiri dan jauh dari orang-orang.
- Cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka terlihat tegar. Meskipun sebenarnya mereka mempunya sisi yang lembek seperti gugup dan lain sebagainya.
- Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Makanya mereka cenderung berada di sekitar orang-orang yang ber´angin´ sama.
 O
- Biasanya berperan dalam menciptakan gairah untuk suatu kumpulan dan menciptakan suatu keharmonian diantara  anggota kumpulan tersebut.
- Dapat menerima dan melaksakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu
- Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain.
- Mereka biasanya di cintai oleh semua orang, "loved by all". Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri tentang berbagai hal.
- Sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
- Mereka cenderung dan mudah di pengaruhi oleh orang lain
- Mereka terlihat berkepala dingin dan mudah percaya tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati.
 AB
- Cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
- Mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobby. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
- Tapi biasanya mereka bisa memilih mana yang lebih penting dari sekian banyak hal yang di kerjakannya.
- Cenderung ingin menjadi nomor satu dalam berbagai hal ketimbang hanya dianggap rata-rata. Dan biasanya melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain. Dengan kata lain, mereka tidak bisa mengerjakan sesuatu secara berbarengan.
- Terlihat cemerlang, riang, bersemangat dan antusias. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeda dengan yang ada didalam diri mereka.
 B
- Mempunyai perasaan yang sensitif, lembut.
- Penuh perhatian dengan perasaan orang lain dan selalu menghadapi orang lain dengan kepedulian serta kehati-hatian.
- Keras dengan diri mereka sendiri juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
- Cenderung kelihatan mempunyai dua kepribadian.
- Sentimen dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
- Mempunyai banyak teman, tapi mereka membutuhkan waktu untuk menyendiri untuk memikirkan persoalan-persoalan mereka.

~ My Sugar N Spice~


  •  4 Syawal 1431H (Pizza Hut Batu Pahat)

  • Kenny Roger's (JJ Bkt Tinggi)
  •  Secret Recipe (Tesco Cheng)
  • Papa & Nia (1 Syawal1431H)
  • Pizzza Hut (Tmn Sentosa)

  • 1 Syawal 1431H (Pagoh)